

engar cerita penyampai Era FM dan Linda Onn agak melenting juga apabila dapat tahu gambar beliau sedang menyelam dan mandi laut bersama kawan baiknya, Fahrin Ahmad tersebar di internet. Apa tidak marahnya, tengok sendiri wajah Linda Onn tu, tanpa secalit make-up pun. Pantang betul bagi Linda Onn kalau tidak bersolek untuk bergambar. Tetapi difahamkan gambar ini diambil oleh orang yang pada ketika itu bercuti di kawasan pantai sebuah pulau di bahagian selatan. Mana lagi kalau bukan di Johor? Katanya gossip Linda Onn bawa Fahrin Ahmad bercuti dah ditulis dalam ruangan Soseh Soseh, akhbar Harian Metro. Katanya, Linda Onn dan Fahrin Ahmad tidak berdua sahaja, malah membawa keluarga mereka bersama. Baguslah kalau macam tu. Peminat Fahrin Ahmad yang kini sedang meletop-letop dalam drama Kasih Suci bagaikan merestui hubungan pelakon pujaan mereka bersama Linda Onn. Cepat-cepatlah bertunang dan langsungkan terus macam Fenda - Azizan kahwin, macam Lisdawati - Fauzi Nawawi, kalau benar mereka ini bercinta. Senang cerita kan?
No comments:
Post a Comment